Thursday, May 15, 2008

Buku untuk menenangkan

Fisha's Chicken Soup Series Collection

Saya tak pasti adakah anda semua mempunyai pilihan bacaan bila berada dalam mood dan keadaan tertentu. Tapi, saya amat pasti bacaan yang boleh menenangkan saya adalah buku-buku di dalam gambar di atas tu.

Saya tidak pernah tahu bahawa “Chicken Soup” ada dalam bentuk buku sehinggalah saya ketemu siri-siri ini di bahagian bacaan umum di perpustakaan di UIA semasa mencari bahan untuk menulis dissertation saya. Itupun secara tak sengaja. Akhirnya, bila balik ke asrama, buku rujukan untuk dissertation 2-3 buah sahaja, sedangkan siri Chicken Soup ini kadang-kadang 5 buah sekali saya borong – saya rasa, loan untuk pelajar masa tu adalah 10 buah buku – itu cerita tahun 2001-2003 yang lalu.

Menjadi pelajar ijazah sarjana sepenuh masa dan bergantung kepada ihsan mak dan ayah yang terpaksa juga menanggung anak-anak yang lain, sumber Chicken Soup saya adalah di perpustakaan itu sahaja. Kadang-kadang rasa sayang nak dipulangkan semua buku-buku itu, tapi, apakan daya, buku pinjaman. Bosan begitu, kemudiannya saya menaip semula semua cerita yang saya suka dalam siri-siri itu, saya cetak, dan saya jilidkan untuk bacaan sendiri (walaupun saya boleh copy paste dari web site nya, saya lebih suka menaip sendiri. Entahlah, saya ini kadang-kadang suka mencari susah sendiri) – oh, saya tahu ia salah … namun, saya wajarkan, itu bukan untuk jualan (walaupun syarat hak ciptanya turut mengatakan larangan menerbitkan semula dalam apa jua keadaan!), hanya bacaan saya sahaja.

Pada masa tu, bayaran cetakan (print) dokumen bersaiz A4 hanyalah RM0.20, dan saya rasa saya antara penyumbang kepada cepatnya habis toner pencetak di CPS, UIA itu dengan melakukan kerja-kerja ini. Kadang-kadang ada rakan-rakan yang bertanya apa yang saya cetak, dan cepat saja saya katakan assignment. Dan mereka mempercayainya kerana rekaletak cerita itu saya taipkan seperti repot assignment!

Dan, disebabkan saya tiada komputer untuk menaip, saya sanggup pergi ke lab ITC di bangunan berhampiran perpustakaan sedari pukul 8 pagi untuk melakukan kerja-kerja ‘terkutuk’. Sampaikan, disebabkan saya selalu sangat ‘berteleku’ di situ, setiap kali ada masalah dengan kerja-kerja menaip assignment, saya dicari sebagai trouble-shooter (selalunya oleh pelajar-pelajar asing yang tidak berapa faham arahan di komputer). Masalah remeh, seperti nak copy paste, nak meletakkan footnote dan sebagainya (ya, kita bercakap tentang Windows 2000 ya tuan-tuan dan puan-puan!). Ini semua membuatkan saya sedikit pandai dan bangga, heh!

Namun, setelah bekerja, saya membalas dendam dan perasaan saya dulu, dengan memulakan koleksi “Chicken Soup” saya sendiri. Setiap buah daripadanya berharga hampir RM50, namun bukan selalu saya membelinya. Kiranya, harganya masih mampu beli. Hasilnya, kini saya mempunyai hampir 12 buah siri semuanya. OK lah tu dalam tempoh 5 tahun bekerja, kan?

Antara freebies belian Chicken Soup Series

Semua buku-buku ini saya letakkan di pejabat kerana di situ lah selalunya saya akan berhadapan dengan pelbagai kemungkinan perubahan perasaan dan tekanan. Namun, kadang-kadang saya rasa sangat geli hati bila ada yang masuk ke pejabat saya dan bila mata mereka melirik ke koleksi itu, mereka akan tanya soalan lurus: “Wah, banyaknya chicken soup? You suka masak ke?”

Saya hanya mengulum senyum sebelum bercerita mengenainya kepada yang bertanya. Sesungguhnya, siri-siri ini memang “comforting” untuk saya.

Nota:
Mungkin akan ada yang bertanya, kenapa tidak Al-Quran sebagai penenang?

Jawapan saya - Quran itu memang menenangkan, dan tiada satu buku pun di dunia ini yang lebih menenangkan daripanya. Dan, Quran itu, berada dalam league of its own. Dan, juga Quran itu harus dibaca setiap masa dan difahami untuk mendapatkan ketenangan itu – enough said!

4 comments:

Anonymous said...

saya suke chicken soup for mother.

Pishaposh said...

Anonymous @ May 29, 2008 4:10 PM:
Saya pun ...

Anonymous said...

Fisha,
nampaknya saya dah jumpa blog yang menenangkan jiwa selain dari Chicken soup sebab apa yang sedang anda alakuakan adalah hamoair sama seperti yang biasa saya buat. memang membaca chicken soup mendamaikan jiwa yang berkecamuk.......saya jadikan siri ini sebagai "makanan jiwa" untuk memujuk dan memotivasikan diri sendiri. TQ

Pishaposh said...

Aisya:
Suka saya mendengar kata2 anda ... Ya, bacaan memujuk jiwa ... penting tu bila diamuk resah ... :)