Thursday, December 31, 2009

Dimensi Cinta by Nora Fuad

Gambar dari sini
Akhirnya! Petang 31 Disember 2009, saya berjaya menghabiskan pembacaan saya ke atas novel ini. Sejujurnya, saya membaca kerana permintaan penulisnya. Andai tidak begitu, mungkin sampai saat ini, novel ini tiada dalam koleksi saya. (Dan, buat julung-julung kalinya saya berjaya menulis terus review novel ini di saat bas melambung-lambung!)

Terus saja la kan, dari membebel dan memberi mukaddimah panjang-panjang?

Pada saya Dimensi Cinta bergerak atas premis yang biasa – cinta dari pandangan pertama. Dibelek-belek blurbnya, saya sudah dapat mengagak bagaimana ceritanya, dan sejujurnya juga, apabila keadaan ini berlaku, ia akan menyebabkan daya tarikan novel ini kurang. Namun, saya masih terikat dengan rasa keterhutangan pada permintaan penulisnya (Kak Nora, jangan kecil hati ya dengan kebeterus-terangan saya ini!).

Dan, seperti yang lazimnya berlaku sekarang, novel setebal 441 halaman ini mengambil masa hampir 2 minggu dan dihabiskan semasa melayan kebosanan duduk di dalam bas. Mujur juga saya ini jenis yang boleh membaca dalam kenderaan – tidaklah rasa nak muntah atau pening seperti kebanyakan orang.

Berkisar kepada 3 watak utama, Lukhman, Zaid dan Nur Suraya, cerita bermula agak perlahan, lebih-lebih lagi apabila penulis mahu memperkenalkan siapa Lukhman dan Zaid. Namun, yang membuatkan saya tertarik untuk meneruskan pembacaan, kerana watak Lukhman sebagai seorang arkitek (oh, saya memang kagum dengan arkitek! Lebih-lebih lagi apabila penulis meninggikan imej Lukhman sebagai arkitek yang sangat berjaya. Mendapat anugerah BCI lagi! - saya siap cari lagi apa benda alah award ni :p).
Sinopsis:
Suraya adalah seorang gadis yang diwatakkan dengan perwatakan yang sangat menarik – berkulit sawa (atau sawo?) matang, lampai dan berlesung pipit di pipi kanan. Seorang guru sejarah yang kelihatan mempunyai banyak minat. Lukhman dan Zaid pula adalah 2 rakan karib yang menganggap diri mereka adalah saudara kembar dek kerana galur hidup yang hampir sama dan persahabatan ibu-ibu mereka. Zaid yang terlebih dahulu mengenali Suraya, meminati malah memuja, namun terlalu naïf untuk meluahkan perasaan. Lukhman pula, secara kebetulan terserempak Suraya di sebuah kedai gambar, tertarik, dan meminta nombor telefon gadis itu daripada orang kedai untuk tujuan perkenalan. Bila Zaid mempertemukan Lukhman dengan Suraya, ternyata Lukhman dan Suraya saling tertarik. Salah Zaid kerana tidak ‘menanda’ apa-apa sepanjang 3 tahun persahabatannya dengan Suraya, terus membuatkan Suraya membaca aksi Zaid mengenalkannya dengan Lukhman sebagai penggantinya (baik sungguhlah Zaid kalau begini!).

Yang lain-lain tu, anda baca sendiri.



Pada saya juga, novel ini seperti kisah-kisah cinta yang lain juga. Bertemu, berpisah seketika kerana halangan, dan di akhirnya, semua orang bahagia. Tiada yang terbunuh, dibunuh atau membunuh diri dalam cerita ini :p

Tapi, seperti yang saya katakan di awal tadi, profesion watak telah memenangi hati saya. Kemudian, pendedahan kepada tempat-tempat menarik di luar Negara (London, Adelaide dan Sydney), serta info berguna mengenai syurga pelancong di Malaysia (Pulau Langkawi), juga persekitaran yang agak familiar pada saya merupakan bonus. Penamat yang menggembirakan juga adalah sesuatu yang saya suka kerana saya tidak suka sad ending atau cliff hanger (ini juga kriteria untuk novel kategori suka-suki --adakah saya telah mengkategorikan novel ini?).

Antara perkara-perkara lain yang dapat saya kesani di dalam novel ini:
Penulis bijak menyesuaikan watak dan profesion – arkitek (Lukhman) orang yang seni, maka lebih terbuka dalam meluahkan perasaan, dan IT whizz seperti Zaid adalah lurus dan tulus. Lambat membaca maksud tersirat serta sering juga salah menterjemahkan isyarat-isyarat cinta. Suraya pula adalah seorang guru sejarah yang agak OK pengetahuan sejarahnya, namun saya kira Suraya lebih kepada ahli psikologi (mungkin disebabkan latar belakang penulis) apabila dia lebih berminat mentafsir benda-benda di sekelilingnya. Saya sebenarnya lebih berharap agar watak Lukhman dan Suraya tadi lebih terikat dengan hubungan kerja mereka – maksud saya, selain kecantikan, intelek Suraya boleh saja digabung dengan pengetahuannya dalam sejarah dengan seni bina kerana kedua-duanya ada perkaitan yang kuat. Namun, yang lebih dipaparkan tarikan kepada perkara-perkara kecil – seperti cantik, anggun, sensitif – perkara-perkara yang selalunya orang akan take for granted. Apapun, ia tetap menjadi sesuatu yang menarik.

Watak lelaki di dalam novel ini pada saya sangat obvious ditulis oleh seorang wanita. Kenapa saya berkata demikian?
Kerana watak Lukhman. Lukhman memanglah seorang lelaki yang romantis dan penuh pengertian, namun cara dan approach Lukhman pada saya adalah refleksi kehendak seorang wanita pada seorang lelaki. Memanglah ada dalam kehidupan realiti watak begitu, tapi dalam novel ini ia kelihatan begitu lah … anda faham apa yang saya maksudkan?

Watak Suraya pada saya agak tipikal. Dia diwatakkan sebagai punyai segalanya, kecantikan, keramahan, keanggunan, tidak kekok di dapur serta disenangi orang tua. Kadang-kadang saya rasa wataknya sedikit keterlaluan. Menyampah pun ada. namun, saya mengagumi cara penulis memperlihatkan keberanian dan kepandaian Suraya dalam memastikan cintanya. Saya paling suka cara Suraya menguruskan hal Zaid dan Elle serta helahnya pada Lukhman. Itu adalah klimaks yang menjadi untuk saya. Dan, selebihnya, saya memang kagum dengan orang yang tidak cepat melatah dengan keadaan di sekelilingnya.

Terlalu ideal? Memanglah .. itu sebab wujudnya novel-novel cinta, kan? Seideal persahabatan Lukhman dan Zaid sampai sanggup berkorban rasa. Ya, memang ada di realitinya, tapi ia tidaklah semudah itu (walaupun, mungkin perkara tersebut berlaku secara eksklusif kepada penulisnya), Ttpi saya kira itulah adunan realiti dan fiksi untuk menimbulkan rasa dramatik. Lebih-lebih lagi kalau novel cinta adalah satu bentuk escapism yang sangat menyenangkan, maka perkara-perkara ini adalah sesuatu yang kita maafkan.

Namun, dalam sekian banyak perkara, saya gagal mencari kepelbagaian dimensi cinta yang dilambangkan dengan tajuk novel ini. Andai dimensi itu bermaksud cinta antara sahabat (Zaid dan Lukhman), cinta dari mata turun ke hati (cinta Lukhman kepada Suraya) atau cinta lama yang disubur semula (seperti cinta Elle kepada Zaid atau cinta Taufik kepada Suraya), memang ia menepati tajuk. Setakat itu sahajalah. Tapi, saya memang tidak dapat mengesani yang selebihnya.

Saya juga mengesan beberapa blunders dalam novel ini:

Inconsistency penggunaan kata ganti nama – mungkin disengajakan – tapi, saya lebih suka kalau dialog Lukhman dan Zaid menggunakan kata ganti nama “aku” dan “kau” daripada “Man” dan “Zaid” … saya rasa macam janggal. Inconsistency berlaku apabila penulis menggunakan dua kata ganti nama yang berbeza di dalam satu ayat.

Kemudian, Masita dikatakan kali pertama menaiki kapal terbang semasa penerbangan ke Adelaide sedangkan Masita pulang ke KL dengan Suraya dari Pulau Langkawi tatkala menziarah ibunya yang sakit dengan kapal terbang dan siap dijemput oleh Ali, abang Suraya.

Saya juga sedikit terganggu dengan print buku ini. Tulisannya besar, namun ada perkataan yang perlu di italic kan, tetapi tidak. Saya tak pasti kenapa saya kisahkan semua ini, namun sebagai orang yang sensitif dan sedikit endah dengan bahasa Melayu, saya memang rasa terganggu. Mungkin editor boleh semak betul-betul lain kali, ya?

Rasanya itu saja yang mahu saya kata. Semoga ulasan ini tidak mendukacitakan penulisnya dan tidak juga menghalang pembaca-pebaca lain untuk mencubanya.

Selamat membaca!


Tuesday, December 29, 2009

Teater Natrah: Cerita II

2 minggu yang lalu, semasa dalam perjalanan ke Shah Alam dengan bas (sebuah syarikat yang pernah accident di highway, tapi bukan Sani Ekspress!), saya menghabiskan masa dengan membaca banyak perkara seperti ingeredient roti dan air kotak, poster dan sticker di cermin bas, buku cerita dan akhirnya akhbar, Berita Minggu.

Bila membuka akhbar sisipan (Bi-Pop), mata saya tertancap pada tulisan seseorang – Khalid Salleh. Saya agak, dia mungkin Khalid yang selalu menjadi pelakon teater itu. Saya jadi ter’prihatin’ kerana tulisan itu mengulas mengenai teater Natrah di IB itu.

Dengan menggunakan tajuk “Natrah: Apa yang dilihat oleh Erma Fatima?”, saya membaca dengan pantas apa yang dikemukan oleh penulis ini. Muka saya mula berkerut, kening bertaut dan saya mula memuncung mulut. Kenapa?

Inilah sebabnya …

Pertama:
Dalam konteks Natrah, Erma Fatima bertindak sebaliknya. Tanggungjawab pengarah digunakan untuk menggerakkan misi ‘mengKristiankan’ Natrah atau nama asalnya Bertha Hertogh yang berbangsa Belanda. Imej Kristian terlalu menyerlah dan menonjol pada detik-detik penghujung persembahan dengan penampilan pintu yang gagah kukuh terbuka mengalu-alukan Natrah memasuki gereja yang terpasung patung Jesus pada tiang salib. Malah adegan sebelumnya Natrah dikelilingi rahib perempuan (Nun) selain imej patung St. Mary.


Apa yang saya fahami dari perenggan ini, Khalid menyalahkan Erma kerana mengangkat “Misi mengkristiankan Natrah” menjadi satu scene di dalam teater ini (walhal, mungkin bagi Khalid, banyak lagi perkara-perkara yang significant daripada hal ini).

Panggillah saya seorang penonton yang ignorant, tetapi apabila saya pergi menonton, saya tidak meninggalkan akal saya di luar pintu IB. Saya tidak merasakan apabila scene itu dihidupkan, ia merupakan satu perkara yang salah. Itu hanya penceritaan yang diadun dari realiti dan dicampur sedikit nilai dramatik dan artistik. Misi mengkristiankan Natrah? Bukankah itu sebenarnya yang terjadi? Kalau teater ini hanya menonjolkan kronologi, apakah ada kronologi yang perlu dikesampingkan? Dan, andai scene itu dibuang, adakah ia akan menukarkan fakta bahawa Natrah tidak dikristiankan semula? Saya pening! This such an insult to my intelligence!




Kedua:
Sutradara atau pengarah dalam konteks seni kreatif adalah pemangkin ke arah sebuah gagasan pemikiran yang mengandung pengertian muhasabah diri selain mengangkat sesebuah persoalan dan titik penyelesaiannya. Ertinya nilai pengarahan harus mengaplikasikan elemen kebenaran yang bersandarkan harga kedaulatan masyarakat setempat di samping mendukung persepsi ke arah amal maaruf nahi mungkar.

Teater bukan pentas permainan semata-mata. Ia adalah kebenaran manusia mengenalkan erti kebaikan dan keburukan. Definisi teater ialah lakon. Lakon adalah lakonan semula dari kehidupan sebenar. Nilai kebenaran pentas bukan mendokumentasikan apa yang pernah atau sudah terjadi. Ia berperanan memberi penghakiman tentang apa dan siapa yang membelakangkan nilai-nilai sejagat.

Saya membaca perenggan ini dengan perasaan yang berbeza terutamanya pada ayat “Ertinya nilai pengarahan harus mengaplikasikan elemen kebenaran yang bersandarkan harga kedaulatan masyarakat setempat di samping mendukung persepsi ke arah amal maaruf nahi mungkar.”


Pada saya, ayat ini sangat bertentangan dengan apa yang dinyatakan di awal tadi. Mungkin Khalid mahukan seluruh naskhah ini terus-terusan mengajak penonton berusaha segigih mungkin dalam mencari kebaikan-kebaikan dan pengajaran. Maaf Khalid, kadang-kadang bila menonton, saya tidak kisah sangat apa pengajaran cerita itu. Itu hanya bonus. Saya tidak peduli. Saya pergi menonton, kerana saya tertarik pada ceritanya, bukan motif atau maksud yang mahu disampaikan oleh pengarah! Jangan membimbing saya untuk bertindak begini untuk scene ini, dan begitu untuk scene itu. Saya mahu berfikir sendiri.



Ketiga:
Peranan Erma menggerakkan teater Natrah sehingga ke saat Natrah menjadi Kristian selepas lapan tahun bergaul dengan kehidupan Islam bersama ibu angkatnya Aminah, adalah naratif yang sengaja dibangun untuk mendukung pemikiran ke arah betapa kuat dan agungnya agama Kristian. Sebab itu imej masjid hanya ditampilkan oleh Erma dalam bentuk slide di cyclorama berbanding imej Kristian yang megah dan gagah dari segi penampilan setnya.

Saya sangat tidak bersetuju kerana saya tidak melihat begitu. Maaf!


Keempat:


Dalam pengertian lain Erma tidak sensitif langsung mengenai nilai Islam yang menjadi agama rasmi negara ini. Apakah ia memang tidak disedari oleh pengurusan Istana Budaya (IB) sendiri?

Boleh saya ketawa dengan ayat-ayat ini? Hahahahaha!



Akhirnya …. Kata Khalid:
Maka tanda tanya yang merimaskan ialah: Apa yang dilihat Erma dari sejarah Natrah? Puas barangkali mempamer set yang gah dengan pintu yang kukuh serta artistik di mana lambang Kristian melimpahkan cahaya menuju ke palang salib sebagaimana dikatakan Esa anak Mariam terpasung di situ. Itukah kebenaran kerja Erma termasuk IB selaku pendukung wawasan budaya seni pentas yang diwarwarkan bertaraf dunia? Masya-Allah.
Saya biarkan perenggan ini untuk anda respon.





Satu persoalan / cadangan dari saya untuk Encik Khalid:

Cuba anda arahkan teater ini kembali menurut pentafsiran anda sebagai counter attack apa yang telah dilakukan oleh Erma. Saya juga berminat untuk menontonnya. Mungkin saat ini saya mempunyai bias terhadap apa yang anda tulis kerana saya menyukai teater ini.


Selamat Tahun Baru!


Monday, December 28, 2009

Teater Natrah - Cerita I

Disember sudah semakin ke penghujung. Banyak lagi sebenarnya nota perjalanan dan peristiwa 2009 yang belum saya coretkan di sini. Hati sentiasa mahu, namun fizikal tidak mahu memberikan kerjasama. Ditambah dengan faktor M, terbiarlah semuanya sebegitu. Hmmmm …

Teater Natrah sudah habis ditayangkan di Istana Budaya. Namun, seperti kisah yang sebenar, banyak perkara-perkara yang diperkatakan orang ramai – sebermula kontroversi pemegang watak utama dengan pengarah dan kemudian cerita naskhah itu sendiri dan yang terakhirnya peristiwa yang menimpa seorang lagi pelakon utamanya. Tapi, saya tidak mahu ceritakan yang itu. Ada banyak sisi lain yang menarik di mata saya.

Sejak diiklankan di dada akhbar, saya merasa sangat teruja untuk menonton teater ini, walhal, selama ini saya tidak pernah berminat dengan apa-apa persembahan teater. Bagi saya teater adalah membosankan. Saya ada stigma begini kerana andai anda masih ingat, dulu-dulu di RTM1 (sekitar awal tahun 80an), ada rancangan teater - sebagai satu usaha memperkenalkan culturally goods (agaknya) kepada masyarakat Malaysia. Tetapi, disebabkan masa itu saya masih belum faham mengenai perkara-perkara ini, maka, ia menjadi sesuatu yang amat membosankan. Pelakon yang bermonolog dengan monolog yang meleret-leret dalam laras bahasa yang tidak saya faham, persepsi ini berlanjutan hinggalah ke saya rasa tertarik untuk menonton Natrah.

Sejarah Natrah adalah sesuatu yang sangat saya gemari. Semasa ceritanya kembali hangat sekitar lewat tahun 80an dan awal 90an, saya membaca banyak catatan mengenai sejarah ini. Saya tak tahu apa yang membuatkan ia menarik pada pandangan saya. Mungkin ada persamaan kisahnya dan kisah saya (sounds cliché? -- tapi, percayalah, kerana ia BENAR!). Apa yang sama? Biarlah rahsia! (Kau ingat kau tu Siti Nurhaliza, ada orang nak sibuk percaya dengan kehidupan kau? Hahahaha).



Teater bermula 8.30 malam. Namun, dek asyik dengan perkara lain, saya dan seorang teman terlewat sampai 15 minit. Kiranya terlepas introduction nya. Mengambil tempat, cerita ini bermula dengan monolog Natrah (Sofea Jane). Oleh kerana mata saya semakin rabun (antara 7 tanda peningkatan usia), dan tempat duduk saya di aras dua, saya tidak dapat menatap jelas wajahnya. Puas saya kecil-kecilkan mata yang sudah sedia kecil ini untuk menonton dengan jelas wajahnya, tapi, hampa. Dan, suara Sofea ketika itu kedengaran seperti suara Azizah Mahzan (dahlah rabun, kurang pendengaran pula … haih!).

Selepas monolog, ceritanya pun bermula. Saya menikmati keseluruhan cerita (minus 15 minit yang awal) dengan penuh rasa – teruja, sedih, gembira, terharu. Semuanya ada. Saya menangis pada babak tertentu, ketawa pada ada ketika dan sudah tentu puas di akhirannya.


Picture kredit: Koishi

Walaupun ia hanya persembahan kronologi mengenai sejarah Natrah yang telah saya maklumi sejak sekian lama, ia tetap tidak menjemukan. Rasa kasihan dengan nasib seorang manusia sentiasa akan berlingkar di hati saya.

Saya kagum dengan Umi Aida yang membawa watak Che Aminah dengan berkesan (pada saya, orang lain tak tahulah). Che Aminah di tangan Umi Aida membawa saya kembali kepada satu perasaan yang sudah lama saya lupakan. Maya Karin sebagai Natrah di waktu kontroversi itu juga sangat menghiburkan. Malah, ketika dia bersama-sama memeran watak Natrah di usia 13 tahun itu tampak sangat real! Sangat comel, dan sangat mengesankan.

Andai ditanya, babak mana yang paling menyentuh, jawapan saya adalah babak monolog antara Che Aminah, Natrah dan Adeline Hertogh – kerana, pada saya itulah babak yang mengikat keseluruhan maksud cerita ini. Luahan Che Aminah sebagai penjaga yang sangat menyayangi Natrah, Adeline sebagai ibu yang melahirkan, dan Natrah, sebagai insan yang menanggung bahagia dan derita hidupnya. Mengharukan juga!


Hmmm … tak ada apa ulasan pun, kan? Memanglah, kerana saya pergi menonton for the sake of menonton. Di atas tu adalah apa yang saya rasa. Mengulas teater bukan niche saya (ulasan buku-buku pun!) …

Apa pun, tahniah untuk Erma Fatima sebagai pengarah dan keseluruhan pelakon dan krew yang menjayakan teater ini!

Saya senang dengan pentafsiran anda!

Posing wajib di poster ... sat lagi takdak la orang kata saya dok pekunun saja :=p

P/s: Andai saya di KL, pasti saya akan menonton tiap-tiap hari teater ini!

Thursday, December 3, 2009

Pabila hujan ...

November dan awal Disember 2009 ini sudah dua kali saya terpaksa berpindah kerana banjir. Tapi, tidaklah sampai ke Pusat Pemulihan Banjir. Cuma ke rumah seorang teman di tempat yang tidak terkesan dengan banjir.

Sampai ke hari ini, masih belum boleh pulang ke rumah kerana jalannya masih ditenggelami air yang sudah pasti 'sport car' saya tidak akan mampu mengharunginya.

Entri ini bukan mahu bercerita mengenai banjir, namun mahu mencatat sedikit aktiviti pembacaan saya.

Bila sudah menumpang di rumah orang, banyaklah perkara biasa yang tidak boleh saya lakukan - seperti berfacebooking dan blog hopping. Maka, terpaksalah bertukar kepada aktiviti yang lebih konvensional - baca buku. Sebelum banjir, saya sempat membeli 2 novel. Fikir saya, saya mahukan sesuatu bacaan yang menenangkan selepas habis menyelesaikan semua urusan peperiksaan. Tapi, rupanya novel-novel itu menjadi peneman untuk tempoh masa yang agak lama.

[Dan, dalam entri ini juga, saya tidak rasa mahu mengulas panjang novel-novel yang saya lunaskan itu ...]

Sebelum paper saya masuk, saya telah menghabiskan Menunggu Cinta Ilahi, karya Lily Haslina. Saya terpaut untuk membacanya kerana terpengaruh dengan review yang positif dari pembaca-pembaca lain. Lagi pula, saya sentiasa menyenangi karya Lily sedari dia berkarya di Dewan Siswa (sejujurnya, saya rasa, angkatan penulis MPR zaman awal 90an, sangat mengagumkan! Itu cerita lainlah puak ..). Walau saya senang membacanya, saya mengambil masa hampir 2 minggu untuk menghabiskannya. Sebab cliche - mak busy nyah! Nanti saya tuliskan penilaian saya.





Kemudian, tengkujuh gelombang kedua dan ketiga datang melanda.

Saya bermula dengan Memoir Seorang Guru garapan sasterawan Azizi Hj. Abdullah. Telah lama saya mencari novel ini. Nak pesan secara online saya rasa tak berbaloi sangat kerana harganya cuma RM13. Tambah dengan kos penghantaran lagi ... [ya, saya kadang-kadang kupik walaupun selalunya saya tidak kisah berbelanja untuk bahan bacaan saya]. Dan, semasa keluar bersarapan di pagi hari minggu ketika tengkujuh masih di peringkat mula, saya menemuinya di rak paling bawah di sebuah kedai alat tulis. Saya terus membelinya. Dan, saya hanya habis membacanya seminggu yang lalu [+ tarikh beli, buku yang relatifnya nipis ini mengambil masa leibh kurang 2 minggu! Ish .. ish .. ish ...] - dan ini pun saya ulas kemudian lah, ya?

Bersama Memoir Seorang Guru, saya turut membeli 'novel suka-suki' [ngehehee] - Yang Sebenarnya karya Aisya Sofea. Kenapa suka-suki? Kerana, saya membacanya untuk mencetus angan-angan, berperasaan yang bukan-bukan dan pendek kata ... bersuka-sukaan lah ... Maka, jadilah ia 'novel suka-suki' ... Sama ada saya akan masukkan reviewnya di sini atau tidak, belumlah saya putuskan lagi. Tapi, selalunya, novel suka-suki, saya tidak buat reviewnya.






Walaupun novel suka-suki, saya masih tetap memilih penulis tertentu. Aisya Sofea antaranya. Saya memang menyukai hampir semua garapannya. Paling membuai rasa tentulah Jendela Hati. Sampai ke hari ini masih teringat-ingat watak-wataknya meskipun ingatan sedikit compang-camping.

Yang Sebenarnya saya tamatkan malam tadi.







OK, itu sahaja yang saya nak tuliskan buat kali ini.


Hujan sudah berhenti. Udara juga masih dingin. Saya tiada mood untuk buat kerja. Perlu stimulasi. Moga selepas ini, segalanya boleh saya beresi!

Selamat hari Khamis!




P/s: Bonus - gambar pemandangan sekitar banjir dan cuaca hari ini untuk anda semua.

Sunday, November 15, 2009

Pak, Vespa dan Surat Khabar.

Pagi tadi cuaca mendung. Gerimis semalam masih berbaki. Jalan licin dan sedikit becak. Saya memperlahankan kereta, kemudian memarkir dan mematikan enjin di hadapan kedai alat tulis. Seketika, ada seorang pakcik turut berhenti dan memakir motosikalnya di sebelah kereta saya. Dalam bakul motosikalnya terdapat sayur dan ikan. Mungkin baru pulang dari pasar. Saya tidak tahu kenapa mata saya tertarik untuk menuruti langkah pakcik tersebut. Saya masih diam di dalam kereta sambil mendengar celoteh FBI @ Hot.fm.

Pakcik itu kemudian mengambil senaskhah akhbar dari rak, membayar dan kemudiannya menaiki motosikal dan meneruskan perjalanannya. Mata saya menghantarnya sampai dia hilang dari pandangan. Kemudian saya tersenyum sendiri.

Sebenarnya, pakcik itu secara tiba-tiba telah menghantar saya ke dekad silam saya. Ke memori saya dengan cerita surat khabar.



Sedari dulu saya selalu menyenangi surat khabar. Masa sekolah rendah dan menengah, ruangan kesukaan saya adalah teka silang kata. Silang kata di akhbar Berita Harian paling saya suka. Mujur juga saya tak perlu berebut dengan sesiapa (kerana tiada orang yang berkongsi minat itu dengan saya di rumah). Masuk ke universiti, saya mula mencari catatan kolumnis tertentu. Antara yang menjadi kegemaran adalah tulisan Salleh Buang (Bila Peguam Menulis), Adam A. Kadir (Datuk), Ku Seman Ku Hussain (Getaran Seni), dan Komentar Abdullah Ahmad (Datuk) -- sekadar beberapa nama.

Melalut pula. Bukan itu sebenarnya yang mahu saya cerita.

Apabila melihat pakcik tadi, saya teringatkan pakcik (yang saya panggil Pak) saya. Apabila pulang dari kerja, saya suka menyelongkar 'bonet' Vespanya. Banyak sekali ole-olenya. Selalunya yang akan ada - sebungkus mihun goreng, sekotak Ribena dan senaskhah akhbar - selalunya Berita Harian. Semuanya itu untuk saya.

Saya tak pasti apa yang membuatkan Pak menyediakan semua itu untuk saya. Pak memang tidak kisah sekiranya saya yang membaca dulu akhbar tersebut (saya tidak rasa ia biadap sehinggalah ada seseorang yang mengatakan ia sesuatu yang kurang sopan kerana kita perlu mendahulukan orang tua. Akhirnya saya sedar, dia berkata begitu kerana dia mahu membaca akhbar itu dahulu daripada saya ..huh!). Namun, yang paling saya sedar, ia seakan menjadi kebiasaan yang menyenangkan. Hingga terbit persepsi, kalau mahu mencari bahan bacaan, selongkarlah bonet Vespa itu :)

Seperti yang saya pernah katakan dulu, Pak adalah antara pendorong kepada sikap membaca saya. Dia tidak melakukan secara ternag-terangan, tetapi secara latent (kalau boleh dikatakan begitu). Saya jarang memikirkankannya. Namun, sekali-sekala ia datang ke fikiran.

Kini, pemilik Vespa itu sudah lama mengadap Ilahi. Yang masih tersimpan, hanyalah memori. Dan, sesungguhnya, pakcik tadi telah membuatkan saya tiba-tiba teringatkan Pak, Vespa ME8302 dan surat khabar.

Ohhhh ....!
<--- Arwah Pak


[Maaf kalau entri ini agak beremosi :))

Sunday, September 27, 2009

Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok by Muhd Kamil Ibrahim

Gambar dari sini

Janjinya lain, tapi ulasnya lain ... Maaflah, untuk buku-buku yang saya janjikan pada entri yang sebelum ini belum mahu saya ulaskan betul-betul. Sebagai ganti, terimalah ulasan buku ini ...

Naskhah ini saya peroleh dari Prof. Muhd Kamil sendiri (belian secara pos) dan siap bertandatangan dan bertarikh 13/11/08. Dan, semalam baru saya khatam membacanya (setelah hampir setahun diperam .. tsk, tsk, tsk ...)

Seperti biasa, buku yang bersifat begini akan dibaca kala emosi menjadi sangat seni ... dan semalam adalah waktunya. Mata menjadi sangat segar (kesan dari tidur petang yang panjang setelah kelelahan memandu 10 jam untuk pulang ke tempat bertugas dari kampung!).

Pembacaan kali ini menjadi ringkas kerana banyak yang saya lompat-lompat. Kenapa? Kerana sebahagiannya sudah saya baca di blog beliau. Namun ada juga yang saya baca dengan sepenuh hati kerana saya sangat tertarik pada penceritaannya. Lagi sekali, ia menumpahkan rasa yang sama seperti yang saya rasa tatkala membaca TH:MSI. Deja vu gitu.

Secara ringkasnya, ia masih berkisar pada pengalaman Prof MKI dalam mencari makna penciptaan dirinya dan bagaimana mahu menjadi orang yang bermanfaat kepada orang lain. Kenapa begitu tanggapan saya? Kerana, hampir kesemua pengkisahannya diulang-ulang frasa "berdakwah kepada diri demi untuk mengajak yang lain". Maka, bila diri boleh konsisten dengan perkara-perkara yang bersifat "Syariah compliance", InsyaAllah, tempiasnya bukanlah kepada kita seorang sahaja.

Dan, bukan sedikit air mata yang menitis bila membaca buku ini [saya dah kata, pembacaan pada waktu emosi sangat seni memang akan menjadi melankolik segala!] - terasa sama kesusahannya, kesungguhannya, kerisauannya ...

Kekaguman pada pengakuan yang 'menelanjangkan' kelemahan diri adalah yang utama pada pembacaan ini. Saya tidak pasti adakah saya akan sanggup membuat pengakuan berani mati begitu - mengaku tidak boleh baca Quran kerana tidak kenal huruf di usia separuh abad dan lain-lainnya. Dan, saya juga tidak pasti adakah saya mampu mengubah kemungkaran di sekeliling saya supaya makna "khalifatullah" itu tercapai (seperti apa yang dilakukan oleh Prof MKI di UiTM Johor). Terlalu banyak perkara yang bergantayangan di minda. Seharusnyalah saya senak dan sakit kepala selepas usai membaca.

Ada ketikanya ia seakan memberi tamparan kepada saya apabila Prof MKI bicara mengenai ilmu tanpa amal. Saya ada ilmu, tapi saya kurang amal. Saya boleh memahami sebahagian ayat-ayat Quran, saya faham perselisihan pendapat untuk sesuatu hukum, namun, saya memilih untuk tidak berbuat apa-apa. Tidak mahu mendalami tafsiran dan maksud sepenuhnya ayat-ayat itu.

Mungkin itu bukan ilmu, tapi setakat pengetahuan. Maka, bila pengetahuan hanya kekal sebagai pengetahuan, ia mungkin tidak dapat sangat menolong kita untuk beramal -- ini hanyalah kesimpulan saya berdasarkan apa yang telah saya alami. Dan, ada ketika, saya berharap agar Allah mencabut pengetahuan itu dari saya - kerana ia membuatkan saya terasa lebih bersalah!

Tapi, akhirnya saya sedar, pengetahuan itu adalah alat untuk saya memahami amalan ibadat saya. Diam-diam saya berikrar, mohon diberikan kesabaran, diperteguhkan sedikit kekuatan yang ada dalam diri dan mohon dipermudahkan segala urusan. Juga mohon, diangkat rasa malas yang bergayut. Paling utama - mohon agar saya sentiasa boleh menjadi manfaat kepada sesiapa sahaja. Ikrar yang berat - yang saya sendiri tak pasti sejauh mana akan saya junjung dan pegang. Namun, setiap sesuatu itu kan bermula dengan niat?

Saya senang menguliti buku ini kerana gaya penyampaian yang sangat terkesan. Maksudnya, ia disampaikan dalam level lay-man yang bisa difahami oleh sesiapa sahaja. Tiada jargon atau frasa yang komplikated. Maka, ia lebih terasa di hati dan terkesan di minda.

Ah ... mungkin ada yang menyampah membaca entri yang mungkin tidak membantu anda menilai buku ini ... Namun, inilah yang saya rasa. Dan, ini juga yang saya fahami.

Apapun, saya berharap ia menjadi sesuatu yang bermanfaat kerana saya sudah berikrar begitu.

Wallahua'lam.

Saturday, September 26, 2009


Buat pembaca aktif dan senyap serta pengunjung yang setia ...

Jika ada langkah yang menoreh hati
Ada tingkah membekas luka
Ada lisan yang tak terjaga
Ada janji yang tak tertunai
Ada hati yang berprasangka
serta ucapan berbunga dusta

Mohon dibukakan pintu kemaafan ....

Salam Aidilfitri 1430 Hijrah ..

Tuesday, August 25, 2009

Nota sepatah Kata

Hanya mahu memberita ... saya masih ada. Cuma kelelahan untuk menulis sesuatu.

Saya juga mahu berkata ... saya telah menelusuri karya Tere Liye ... Hafalan Solat Delisa, Bidadari-Bidadari Syurga dan Moga Bonda disayangi Allah -- saya temui sesuatu. Nanti saya perincikan.

Saya juga telah menekuni Catatan di setiap Sujudku karya Asma Nadia, setelah tertarik dengan ulasan Najibah di Bukuria.

Sekarang, sedang menghabiskan Maryamah Karpov ... tapi belum ada hati untuk khatam Laskar Pelangi, Melarik Mimpi dan Edinsor.

Lentera Mastika juga tamat dibaca, tunggu masa untuk diulas bicara.

Banyaknya kerja saya di bulan puasa! (hey, berima pula :))

Sunday, July 5, 2009

The Soloist by Steve Lopez

Saya akui saya adalah antara manusia yang sedikit sekali daya curiosity. Maka, apabila disuruh memilih sesuatu isu untuk tujuan research, saya agak ‘lembab’ – kerana hanya ada sedikit perkara yang boleh membangkitkan daya curiosity itu – (kalau dah malas tu, macam-macamlah alasannya, kan?).


Balik kepada buku.

Pembacaan kali ini berlaku atas dasar DI BAWAH PENGARUH.
Bukan pengaruh dadah, tapi terpengaruh dek excitement Kak Marina yang galak bercerita mengenai novel yang berdasarkan kisah benar ini.

Lalu, apa kena mengena dengan perasaan curiosity tadi? Mari saya ceritakan …


<-- a="" href="http://2.bp.blogspot.com/_QQH104_LXh0/SeUq0fltpQI/AAAAAAAACVQ/4fzMTLwNFWk/s1600-h/The_Soloist.jpg">picture credit



Novel ini berkisar kepada persahabatan yang bermula dengan perasaan curiosity. Pengarang, Steve Lopez adalah seorang kolumnis untuk Los Angeles Times. Semasa mencari bahan untuk kolumnya, dia telah terserempak dengan Nathaniel Anthony Ayers (Nathaniel), yang kelihatan seperti tidak terurus dan homeless yang sedang bermain biola yang hanya tinggal 2 tali. Tertarik dengan kombinasi perwatakan dan kebolehan itu, Lopez cuba mendekati Nathaniel.

Nathaniel sebenarnya adalah bekas pelajar sekolah muzik terkenal dunia, Juilliard. Namun, kerana menderita schizophrenia, dia terpaksa menamatkan pelajarannya sebelum waktu dan kemudian terus menyendiri di dalam dunianya. Walaupun menderita schizophrenia, Nathaniel adalah antara pemuzik yang genius. Dia sangat mengagumi Beethoven. Malah, menurut Nathaniel, dia datang ke LA dari Cleveland hanya kerana supaya dia dekat dengan patung Beethoven yang menjadi inspirasi.

Saya tidak mahu menjadi spoiler! Maka saya tamatkan cerita saya dengan informasi itu sahaja :p

OK, berbalik kepada daya curiosity tadi.

Menurut Lopez, dia tertarik untuk mengenali Nathaniel kerana dia mendapati personaliti Nathaniel sangat provokatif – mungkin kepada curiositynya sebagai seorang jurnalis. Cuba bayangkan diri kita, sejauh mana curiosity kita apabila berhadapan dengan orang gila? Terus-terang saya katakan, saya akan menjauhkan diri kerana dia berpotensi melakukan perkara-perkara yang boleh menyusahkan saya. Tak kiralah banyak mana pun perasaan kasihan saya kepadanya.

Kedua, curiosity boleh saja dibangunkan melalui percantuman informasi. Seperti dalam kes Lopez, apabila dia mengesani yang Nathaniel mempunyai banyak pengetahuan mengenai muzik (biarpun dia gila), Lopez terus mencari siapa sebenarnya Nathaniel dan pencariannya kemudian menemukan dia dengan triumph and tragedy life of Nathaniel. Dan, setelah mengetahui sejarah hidup Nathaniel, Lopez membina persahabatan dengannya.

Ketiga, kerana curiosity juga, Lopez kemudian memberi kesan di dalam hidup Nathaniel – bila dia dapat menemukan Nathaniel dengan adiknya yang telah lama terpisah, Jennifer, bekas gurunya, Harry Barnoff, dan rakan-rakannya di Juilliard.

Nah, betapa banyaknya impak curiosity itu, kan?

Paradoks kepada saya, tentunya.


Apa yang terkesan pada saya mengenai novel ini adalah bagaimana pembaca diberitahu (bukan diajar) mengenai salah faham mengenai schizophrenia. Ia bukanlah merujuk kepada keadaan gila semata-mata, tetapi lebih daripada itu (menyamakan keadaan ‘gila’ pada schizophrenia mungkin sesuatu yang understatement). Dalam masa yang sama, Lopez juga membangkitkan dilema penggunaan wang pembayar cukai untuk menangani masalah golongan sebegini. Di akhirnya ia membuatkan saya merasa – I rest my case over those questions.

Selain daripada itu, saya tertarik dengan idea Lopez mengenai bandingan kehidupannya dengan Nathaniel. Manusia dibekalkan Allah dengan sifat pelupa – teringat kata Ustazah saya, perhatikan akrabnya ejaan Arab mengenai manusia (insaan) dan lupa (nisyaan) – yang selalunya dianggap sebagai satu kelemahan.

Namun, dalam cerita Nathaniel, kelupaannya pada sisi kewarasannya membuatkan hidupnya lebih mudah. Dia tidak perlu bimbang mengenai bil, kerjaya dan keluarganya. Dan, perkara inilah yang ‘menjengkelkan’ Lopez kepada Nathaniel:
"As the winter of my discontent settles in, Nathaniel goes about his days and nights with little awareness of my angst … for him, the thoughest decision in a day is figuring out whether to play his original violin, the new one or the cello.” (The Soloist, page 136)

Maka, perlukah kita menjadi gila untuk melupakan sisi negatif kehidupan kita? Pada saya, ya, kita perlu. Dan sememangnyalah pada skala yang berpatutan … menjadi gila sebenarnya adalah blessing in disguise. Kenapa? Orang gila tidak dikira mukallaf, dan boleh bertindak mengikut apa yang difikirkan. Namun, derita menjadi orang gila, ngeri untuk saya fikirkan.


Ada sesiapa yang mahu mendekati dan menyeluruhi hidup orang gila yang di sekeliling kita seperti yang Lopez lakukan?

Mahukah anda mencabar dan menguji daya curiosity anda?

Saya? Belum terfikir lagi … ha!

Terakhirnya, telah saya tegaskan berkali-kali bahawa saya jarang mahu mempercayai buku boleh mengubah seseorang, dan ia masih menjadi pegangan saya. Namun, melalui novel ini, saya tersedar (sekali lagi untuk kesekian kali), kepercayaan yang kuat terhadap sesuatu akan sentiasa memungkinkan yang mustahil. Dan, entah kenapa, kesimpulan saya ini mengingatkan saya kepada kata-kata Menteri propaganda Hitler, Joseph Goebbels:
“If you tell a lie big enough and keep repeating it, people will eventually come to believe it."

Anda bacalah novel ini, dan mungkin kemudiannya anda akan faham maksud saya.


P/s:
Satusoloist memberi maksud – somebody performing solo, especially a musical solo – dan saya kira, Nathaniel adalah soloist untuk keseluruhan kehidupannya (dan kita juga!).

Duabuku ini telah difilemkan dengan menggunakan judul yang sama lakonan Jamie Foxx dan Robert Downey Jr.

My favorite quote:
I don’t know if I’ve ever been a very good friend to anyone, maybe because friendship is too much about the past … friendship is easier when it has no history, no time for broken promises and a little piques that fill a running tally sheet.
(The Soloist, page 210)

Tuesday, June 9, 2009

Tranformasi. Boleh kah?

Wah, lamanya tiada entri di sini. Inilah masalahnya kalau berbicara tentang apa yang kita baca. Lebih-lebih lagi kalau kadar pembacaan makin menurun. Boleh saja dipaksa diri, tapi, tahu sajalah, mana ada paksaan yang melahirkan rasa bahagia, kan?


OK, kali ini saya mahu bicara mengenai rancangan untuk memindahkan karya Ahadiat Akashah - Lagenda Budak Setan (LBS) ke layar perak. Tapi bukanlah mahu bicara tentang karya beliau secara keseluruhan.

Apabila membaca satu artikel di NST (saya lupa siapa yang menulis, bila disiarkan dan muka surat berapa) mengenai projek buku-filem Ahadiat ini, saya terasa mahu respon. Dalam artikel itu, penulis cuba membayangkan bagaimana turn out filem ini - adakah akan menjadi filem yang akan memecahkan kotak pejabat (box office :p) atau menerima nasib seperti buku-filem sebelum ini - dan beliau memberikan contoh seperti Ranjau Sepanjang Jalan tulisan Datuk Shahnon Ahmad, serta Badai Semalam dan Mira Edora karya Khadijah Hashim.

<-- Gambar dari sini


Saya kemudian bertanyakan KakMarina - apa pendapatnya. Dia itu macam-macam idea ada, cumanya lebih malas daripada saya untuk menulis! Heee ...

Dia kata sebenarnya masalah projek buku-filem di Malaysia yang lebih banyak flop daripada berjaya adalah disebabkan oleh pemilihan karya yang mahu difilemkan. Hmmm ... ya juga!

Katanya lagi, filem orang putih pun yang diadaptasi bukanlah semuanya berjaya. Dia memberikan contoh filem Twilight - yang padanya lebih enak dibaca daripada ditonton filemnya. Boraknya lagi .... bidang penulisan kita tak pernah kekurangan karya yang menarik, namun, kemungkinan disebabkan pentafsiran filem itu tidak berapa kena dengan setting semasa, ia membuatkan adaptasi tersebut gagal. Dan, pada saya pula, kebanyakan filem kita yang diadaptasi daripada buku kebanyakan gagal mengambil semangat yang dibawa oleh buku itu. Kak Marina membantah, katanya bukan sebab itu, tapi kadang-kadang ia disebabkan oleh keupayaan pengarah luar menutup kelemahan adaptasi dengan props yang canggih kerana mereka mempunyai modal yang besar.

Hmmm ... banyak sebenarnya yang boleh diperkatakan mengenai perkara ini.

Berbalik kepada cerita Ahadiat Akashah - saya rasa ia satu perancangan yang bijak kerana LBS saya kira masih relevan dengan setting sosial semasa - kisah cinta remaja. Dan, sementelah dulu ada ura-ura KOMSAS mahu ditukar dengan karya pop komersial dan karya Ahadiat adalah antara yang disebut-sebut, kemungkinan besar filem ini boleh berjaya.

Saya sebenarnya tak kisah mengenai filem ini - kalau reviewnya nanti bagus dan menarik, mungkin saya akan tonton, kalau tidak, tunggu saja ditayangkan di TV masa hari raya tahun hadapan-hadapan ...

Kesimpulannya?

Malas mahu disimpulkan kerana isu ini akan berulang-alik begitu juga. Yang penting, pengarah mesti tahu menafsir cerita dengan menarik dan berupaya meramal bagaimana tanggapan penonton terhadap filemnya. Selebihnya, pilihlah karya yang dekat dengan khalayak. Kalau sasarannya remaja, usahlah difilemkan cerita yang ditulis berabad yang lalu kecualilah kalau karya itu boleh disesuaikan dengan imaginasi mereka - boleh saja pengkarya kita belajar daripada siri Lord of the Ring itu ...

Anda rasa, bagaimana?


P/s: Saya tidak berapa gemar kepada LBS, tapi, BUNGA JANTAN akan sentiasa melekat di minda. Kenapa? Adalah rahsianya .... :p

Friday, May 22, 2009

Slumdog Millionaire - antara buku dan filem

Amaran: Entri ini mungkin mengandungi unsur-unsur spoiler




Saya ini boleh dikatakan seorang yang lambat mengikut trend (atau lebih buruk, tidak mengikut langsung). Bila trend tu dah habis atau berlalu, barulah terhegeh-hegeh mahu ikut serta. Akhirnya, out dated jadinya. Tapi, tidak mengapa. Bukan dosa pun, kan?

Samalah kisahnya dengan cerita nan satu ini. Di saat kemenangannya diraikan dalam Academy, saya hanya bercita-cita menontonnya di pawagam bersama Kak Marina. Tunggu punya tunggu, rupanya ia tidak berkunjung ke pawagam pantai timur (atau, adakah saya yang terlepas?). Kak Marina pula telah 'curang' kepada saya dengan menontonnya di KL dengan Cik WD semasa mereka pergi menonton PGL.

Setelah lama hal itu berlalu, bersempena KLIBF yang lalu, saya mendapatkan naskhah ini di Kinokuniya. Mulanya saya bertemu dengan naskhah yang berilustrasi begini (gambar). Namun, bila diselak, tulisannya serasa akan mendera mata saya. Kak Marina mengambilnya.

Kemudian, berlegar-legar antara rak-rak di situ, kemudiannya saya bertemu dengan naskhah berilustrasi seperti yang di atas itu. Saya buka novelnya, dan berpuas hati dengan saiz tulisannya. Maka, naskhah itu terus saya beli.

Dengan tempo penceritaan yang pantas dan bahasa yang mudah difahami - kerana ceritanya seolah meringkaskan complexity sebuah kehidupan - saya sangat menyenanginya. Dan, saya akui, cerita ini akan berkemungkinan boleh dibaca berulang kali.

Bagaimana cerita ringkas complexity sebuah kehidupan itu?

Ia hanyalah cerita seorang manusia biasa yang datang daripada kelompok sosial paling rendah, namun mampu membuatkan orang kagum dan tertanya-tanya bagaimana dia boleh menjawab semua soalan kuiz Who Will Win a Billion? - adakah dengan nasib baiknya atau dengan menipu?

Ram Mohammad Thomas, anak yatim dan seorang pelayan restoran yang tidak pernah bersekolah telah menjadi juara untuk rancangan tersebut. Namun, kejayaannya mengundang padah kerana syarikat yang bertanggungjawab tidak menyangka yang Ram akan mampu menjawab kesemua soalan dan tawaran 1 billion itu sebenarnya hanyalah sebuah commercial gimmick. Untuk mengelak daripada membayar duit kemenangan Ram, syarikat itu telah mendakwa Ram atas tuduhan menipu. Tuduhan yang kelihatan wajar kerana hakikat kehidupan Ram. Logiknya, kalau tidak pernah bersekolah, masakan mampu menjawab soalan yang bukan calang-calang susahnya?

Ram kemudiannya dibawa ke balai polis untuk soal siasat usai rancangan tersebut. Dia kemudiannya didera oleh polis bagi mendapatkan kepastian mengenai kemenangan dan kebolehannya untuk menang sehinggalah seorang peguam wanita muda bernama Smita tampil untuk membelanya. Dalam usaha menyelamatkan Ram, dia kemudiannya bercerita kepada Smita apa yang berlaku.

Ceritanya diceritakan mengikut nilai duit yang dimenangi (bermula daripada 1,000 rupees hinggalah ke 1,000,000,000 rupees) kerana setiap soalan yang mampu dijawab olehnya berbetulan dengan apa yang dia alami di dalam hidupnya.

Kesudahan yang menggembirakan.

Usai membaca, saya menonton ceritanya pula. Banyak juga perkara yang diubah untuk maksud dramatik filem itu. Antaranya - watak utamanya bukan Ram Mohammad Thomas, tetapi Jamal Malik. Jamal bersaudara dengan Salim sedangkan dalam novel, Salim adalah kawan baiknya. Cuma yang sama - di dalam filem, Jamal menyertai rancangan kuiz itu kerana mahu bertemu dengan kekasih lamanya - Latika, sedangkan di dalam novel, Ram mencuba nasibnya untuk membalas dendam kerana hos rancangan itu, Prem Kumar adalah orang yang beronar pada kekasihnya Nita dan bekas majikannya, Neelima Kumari. seorang pelakon.

Kata Kak Marina, dia suka kedua-duanya - versi novel dan filem. Tapi, saya lebih menyukai novelnya kerana apa yang penulis sampaikan lebih terasa. Dalam filem, nuansa cinta antara Jamal dan Latika yang menggerakkan cerita, tetapi di dalam novel seluruh kehidupan Ram yang lebih memberi makna.

Novel itu membuatkan saya merasa seluruh pahit manis hidup Ram - sebermula kehidupannya sebagai bayi yang dibuang di dalam tong sampah di depan sebuah gereja hinggalah kepada kegembiraannya mendapat wang kemenangan dan cinta hatinya - Nita. Saya paling terkesan pada babak 100,000,000 rupees - X Gkrz Opknu (or A Love Story) - cerita Ram mengenai Shankar, anak autistik dan istimewa yang tidak diingini oleh ibunya, seorang bangsawan, Swapna Devi. Swapna Devi dikenali sebagai seorang yang pemurah. Dia mempunyai ramai pembantu dan mempunyai ramai penyewa. Shankar itu diberitahu kepada semua orang sebagai seorang anak cacat dan terbiar, dan atas ihsan Swapna Devi, Shankar diambil tinggal bersama. Cerita Swapna Devi terbongkar apabila diari Shankar yang maut akibat penyakit rabies ditemui oleh Ram dengan lukisan Shankar mengenai ibu yang tidak pernah mengakuinya anak.

Ah, novel ini sangat membuatkan saya beremosi pelbagai!

Apapun, saya memang puas membaca novel ini. Saya jadi takjub dengan keupayaan penulisnya, Vikas Swarup menjalin cerita kehidupan yang 'biasa' dengan pelbagai warna emosi. Dan, saya masih tercari-cari kalau-kalau ada penulis-penulis kita yang bisa menulis sebegini (kemungkinan besar ada, tapi mungkin saya belum jumpa cari!).

Untuk filemnya, walaupun saya kurang menyukainya, saya masih boleh menerima seluruh idea penceritaannya yang masih bergalur pada temanya. Tidak seperti cerita kita, mahu tiru konsep Grey's Anatomy, tapi yang banyak ditonjolkan cinta sesama doktor, lantas mengirim mesej bahawa itu sahajalah perkara yang paling penting dalam apa jua keadaan. Oppss .. off topic pula ... tapi, saya yakin anda faham apa maksudnya, kan?


Selamat membaca dan menonton!

Sunday, April 26, 2009

Book Review: Pengalaman Pertama

Isnin. 13 April 2009. 2.30pm. Tarikh yang akan saya ingat buat satu masa yang lama – andai diizin Allah – kerana pada tarikh inilah, saya pertama kali berbicara mengenai buku yang saya baca dengan penonton ‘hidup’. Permulaannya sangat meresahkan, namun, akhirnya saya rasa seronok. Apa ceritanya?

Selaras dengan konsep perkongsian ilmu, Pengarah Kampus telah mencadangkan agar diadakan satu sesi book review – pembaca mengulas mengenai buku yang mereka baca, supaya orang lain juga merasa seronok untuk sama membaca dan akhirnya dapat membentuk satu budaya penting – budaya membaca. Sesiapa sahaja yang merasa untuk berkongsi bacaan mereka, amatlah dialu-alukan.

Dan, pada bulan Februari yang lalu, hasrat ini telah terlaksana dengan ulasan novel The Kite Runner oleh Mr. G, seorang pensyarah bahasa Inggeris dan diikuti oleh TP Kampus, Cik WD dengan buku The Ice Cream Maker.

Sebenarnya, saya tidaklah bercadang untuk turut serta memberi review kerana saya masih seronok menjadi penonton daripada peserta. Namun, ‘kerelaan’ Kak Marina untuk mengisi slot bulan April, menyebabkan saya ‘terheret’ sama dalam kejadian yang tidak diingini ini. Inilah ‘masalah’ kalau punya rakan yang selalu ‘terlebih excited’ dalam melakukan banyak perkara! Dan, secara ‘paksa rela’, saya menyetujuinya.

Buku yang kami pilih ialah – The Last Lecture, oleh Prof. Randy Pausch daripada Carnegie Mellon University USA (yang ditulis bersama oleh Jeffrey Zaslow). Apa yang menarik minat kami untuk mengulas mengenai buku ini adalah kerana cerita di sebalik tabir buku tersebut.

Kata Kak Marina, dia pertama kali mendengar mengenai buku ini semasa menonton The Oprah Show, dan saya pula mendengar daripada dia. Selepas itu, kami mencari dengan lebih lanjut dan mendapati buku ini dibincangkan dengan meluas di internet. Saya kemudiannya mendapatkan naskhah ini di MPH (tak ingat outlet mana) dan kemudian menghadiahkan Kak Marina sebuah, bersempena hari ulang tahun kelahirannya.

Saya sebenarnya memang tiada idea macam mana mahu melakukan book review ini. Kata Kak Marina, just speak the thing that you’re interested with or may be something that you can learn from the book. Begitukah? Macam senang saja bunyinya.

“Kalau I relate cerita dia dengan apa yang jadi kat I, boleh?” – saya bertanya lagi.

Honey, it is not all about you,” dia menjawab yang kemudian membuatkan saya terfikir – hey, ini cara saya melihat kepada buku ini. Apa pendapat saya, ia tetap pendapat saya. Tak kiralah bagaimana. Saya membaca dengan rasa, dan dengan rasa itu jugalah saya mahu meng’apresiasi’ buku ini (menghargai sama tak dengan apresiasi? Hmmm … ). Dan, akhirnya saya menetapkan untuk bercakap mengenai apa pengajaran yang saya perolehi daripada buku ini.

Hari kejadian.
Kami tak pasti kenapa kami berdua menjadi resah dan berdebar bagai nak gila. Bukannya tak pernah buat presentation atau bercakap di hadapan orang.

Kata Kak Marina – “now I know how WD feels the other day when she said she so nervous.”

Mungkin ia menjadi sesuatu yang mendebarkan kerana kita akan bercakap dalam nada yang formal dengan rakan-rakan yang kita yang biasa. Atau, mungkin juga ia melibatkan subject matter yang berbeza daripada kebiasaannya?

Kak Marina memulakannya dahulu – dengan review yang banyak menyentuh mengenai siapa itu Randy Pausch, bagaimana kehidupannya serta sedikit ulasan mengenai buku itu. Kemudian dia bercerita mengenai apa sebenarnya yang dikisahkan oleh Randy dalam buku tersebut – really achieving your childhood dreams. Kak Marina memang seorang pencerita yang bagus. Cara dia mengulas keseluruhan buku itu daripada perspektifnya membuatkan ramai yang tertarik.

Ah, macam mana dengan saya?

Kemudian, tiba bahagian saya – [dalam keadaan nervous yang menggila, selalunya saya akan bercakap cepat, dan selalunya, kalau saya mengacarakan apa-apa, ramai yang membuat remarks, saya bercakap macam dikejar hantu! – tapi, pada masa ini, saat microfon di tangan, ia bagaikan penenang perasaan saya. (Teringat pula cerita Maid in Manhattan bila si Senator (lakonan Ralph Finnes) mengajar anak si maid (lakonan Jennifer Lopez), Ty, untuk bertenang semasa memberi ucapan dengan memegang klip kertas – supaya rasa gemuruh dapat di salur ke klip itu.).

Dan, saya rasa tenang. Bila dah tenang, barulah boleh bercakap dengan teratur dan yakin. Hehe.

Oleh kerana saya dipaksa Kak Marina, maka bahagian untuk saya cakap sedikit sahaja. Itu perjanjiannya. Maka, apa yang saya simpulkan daripada buku The Last Lecture ini adalah seperti berikut:

  • Don’t complain, just work harder – susah untuk tidak komplen, kerana saya memang seorang yang suka mengkritik. Saya kelahiran September dan berbintang Virgo! Can’t help it. Kata Pausch, kritik tanpa sebarang penyelesaian tidak akan memberikan apa-apa. Maka, kalau mahu kritik, back up dengan sesuatu agar kritikan kita itu membina dan tidak menyakitkan hati orang lain. Bahagian ini mengingatkan saya kepada kata-kata Toni Morisson - "If there's a book that you want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it." – maksudnya, kalau tiada buku yang kita mahu baca, haruslah kita yang menulis buku itu. Relevannya? Kalau sesuatu itu tidak ada, jangan komplen, berdaya kreatif, selesaikan tugas. Bercakap banyak tanpa tiada tindakan adalah tong kosong. Dan, saya berazam untuk tidak mahu sangat komplen dan kritik. Tapi, bolehkah?
  • Don’t obsess over what people think – ini adalah penyakit daripada kebanyakan kita. Sesuatu yang tidak dapat dielakkan kerana kita bukan hidup seorang. Walaupun kadang-kadang saya boleh selamba berbuat sesuatu perkara, masih banyak perkara yang tidak saya lakukan kerana saya selalu memikirkan apa yang orang lain akan katakan. Padahal, kadang-kadang tiada siapa pun nak berkata apa … fikiran kita sahaja. Agak sukar untuk diikuti, tapi tak mustahil, kan?
  • Watch what they do, not what they say – ini nasihat Pausch yang didedikasi kepada anak perempuannya Chloe. Kata Pausch, sekiranya ada lelaki yang mengaku mencintai seorang gadis, jangan dilihat kepada perkataannya, tapi kepada perbuatannya kerana perbuatanlah yang membuktikan sejauh mana si lelaki jujur dengan pengakuannya. Dalam konteks bekerja, saya melihat pesanan ini sangat sesuai untuk diri saya – saya tidak perlu mendabik dada atau bercanang cerita mengenai kehebatan diri sekiranya apa yang saya lakukan sememangnya bagus. Seperti yang selalu Kak Marina katakan – quietly done our works. Oh, nampaknya Kak Marina ini punya pengaruh besar dalam kehidupan saya! Hmmm ... jangan bagitahu dia, ya?
  • The lost art of thank you note – berapa ramai daripada kita menulis nota terima kasih apabila menerima sesuatu? Mungkin perkara ini tiada dalam budaya kita kerana kita selalunya akan membalas kembali berian orang dengan berian lain. Ibarat kata pepatah, orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa. Pausch bercerita mengenai seorang gadis yang memohon kerja sebagai team member of Imagineer di Disneyland. Namun, oleh kerana keputusannya biasa, permohonannya di KIV sebelum dibakul sampahkan. Pausch kemudian tergerak untuk melihat semula permohonan itu, dan kemudian beliau menemui nota terima kasih daripada gadis itu – bukan kepada orang yang menemuduga (sebagai perbuatan mengampu), tetapi kepada kerani yang menolongnya menyusun borang-borang permohonannya (dan kerani itu tiada interest langsung kepadanya). Permohonan gadis itu kemudian dipertimbangkan. Saya sangat tertarik dengan kisah ini. Selalunya kisah begini, saya golongkan kepada apa yang saya panggil – small act of kindness – yang sering menyentuh jiwa saya. Saya fikir, saya mahu meniru perbuatan gadis tersebut setiap kali menerima hadiah. Hadiahkan sesuatu kepada saya, dan bolehlah saya uji niat saya itu! Hehehe.
  • All you have to do is ask – kita selalu berprasangka dan jarang benar mahu bertanya sekiranya ada sesuatu. Kita lebih suka berspekulasi. Sudah banyak kejadian bodoh yang menyusahkan saya sepanjang hidup 30 tahun ini, akibat saya tidak bertanya. Pausch berpesan, jangan mengagak, tapi bertanya kerana kadang-kadang perkara yang kita agak itu adalah salah sehinggalah kita bertanya. Tahukah anda bahawa saya membiarkan diri saya tidak disahkan ke dalam jawatan untuk tempoh yang terlalu lama hanya kerana saya tidak bertanya kepada orang yang boleh menyelesaikan masalah saya? Kalau tidak kerana ada rakan yang bertanya TP HEA mengenai pengesahan jawatan kami, kemungkinan besar proses tersebut akan mengambil masa yang lebih panjang. Maka, bertanya dan bertanya, kerana ia akan memudahkan hidup kita. Ingat pepatah Melayu – malu bertanya, sesat jalan.
  • Have something to bring to the table because that will make you more welcome – ini berkaitan dengan memberi added-value kepada diri sendiri. Jadikan diri kita berguna dengan segala apa yang kita ada. Allah tidak mencipta kita tanpa mengurniakan kelebihan dan kelemahan kepada kita. Dan, walaupun kelemahan adalah perkara yang paling kita tidak mahukan dalam hidup, ia bukanlah dicipta Allah dengan sia-sia. Saya ada kekuatan mengingati perkara yang bukan-bukan di dalam minda saya – namun, ‘kelebihan yang tidak berguna ini’ sedikit berguna kerana saya boleh menjadi pengingat kepada perkara-perkara kecil kepada housemate saya yang sedikit pelupa itu :p
  • When you’re screwing up and nobody says anything to you anymore, that means they have given up on you. – pernah tengok cerita Madu Tiga? Ingat dialog Encik Jamil: “Aku bukannya marah … aku nasihat!”? Apa kena mengena? Kita selalu rasa kecewa apabila ditegur atau dimarah atau dinasihat mengenai kerja kita, kan? Kerana apa? Kerana setiap orang ada maruah dan air muka. Tambahan pula kalau teguran itu dalam bahasa yang tidak enak kedengarannya. Namun, itulah tanda masih ada orang yang kisah dan mahu memperbetulkan kita. Maka, hargailah setiap teguran walaupun pahit sekali untuk diterima (saya pun selalunya tidak suka ditegur mengenai kerja saya walau yang menegur itu emak sendiri!).
  • How to live your life - Saya percaya, setiap orang ada cara tersendiri dalam menanggapi hidup. Maka, hiduplah seperti apa yang anda mahu. Anda mahu kehidupan yang berjaya? Berusaha keras. Anda mahu kehidupan yang biasa? Usaha yang biasa juga. Pendek kata, pilihlah bagaimana untuk hidup - sama ada mahu menjadi looser atau winner kerana kedua-dua itu tersedia dalam diri kita. Namun, bagi saya, whatever worked for him might not work for me! I don’t dream and I don’t plan. It simply because I just don’t feel like doing it. Even if I were about to die very soon, I don’t think I’ll come out with this kind of last lecture. I’ve to be in the situation, and only then I can determine what I can do. Whether I’ll regret or not, I just don’t know – and, please … don’t tell others .. I’m happy just the way I am! :p

Saya terpegun dengan keseluruhan cerita Pausch. Walaupun cerita yang sebegitu sudah sering kita dengar, namun semangat dan kesungguhannya serta positifnya dia dalam hidup adalah sesuatu yang sangat luar biasa.

Pasca review.Sesudah menghabiskan persembahan kami, kami merasa sangat lega!

Dapatlah planner ini sebagai tanda penghargaan. Namun, ada sesuatu yang saya rasa -- saya rasa seperti nak buat lagi begini. Kerana ...
  • Ada penonton yang rasa sangat terharu dengan cerita itu sampai mengalir air matanya - dan saya syak, dia terpegun dengan cara Kak Marina bercerita.
Ada juga penonton yang datang mengucapkan tahniah kerana kami berjaya 'mempromosi' buku ini sehingga menyebabkan beliau mahu terus membacanya.

Ada kepuasan dalam berkongsi apa yang kita baca. (Dan, dengan ini saya mahu mengajak pengungjung blog ini ke goodreads untuk sesi Aku baca, Kau baca, Kita Bedah!)



Di akhirnya .. kami menuju ke kopitiam untuk menjamu perut yang lapar. Sebelum presentation tak rasa lapar sebab perut bersaing dengan perasaan yang berdebar.

Saya gembira.

The Last Lecture by Randy Pausch

Picture credit


If you have one last lecture to give before you die, what will it be? Will you summing up a lifetime of learning and teaching? What kind of insight you want to pass on to your audience? So many questions linger in our mind after reading this book. Still no answers found!

So, whose last lecture were we reviewing?

This is a book inspired by the last lecture, literally, given by a dying professor, Prof. Dr. Randy Pausch, to the hall-packed audience at Carnegie Mellon University, entitled
Really Achieving Your Childhood Dreams in September 2007. The original lecture was uploaded by students to the internet and instantly became a huge hit! So much so, Randy was invited to many TV shows included our favorite The Oprah Winfrey Show (that was where we first discovered him and fell in love with his geeky enthusiasm to live life to the fullest!)

This New York Times number one best-seller book is upbeat, joke-filled and heartfelt journey of Randy’s life. It also tells about the importance of achieving childhood dreams, managing time and above all loving every minute of your life. It is a biography, collection of memoirs and motivational book rolls into one. It took him 53 bike rides to pass to his co-author things that he wanted to share while fighting the dateline on his life.

So here are some of the wisdoms he passed on to us (we have shared some of it with our students!):

  • Give yourself permission to dream and dream big and fuel your kid’s dreams too.
  • Ask for what you want. More often than you suspect, the answer you will get is, ‘Sure’.
  • Dare to take risk. Experience is what you get when you didn’t get what you wanted. And it can be the most valuable thing you have to offer.
  • Look for the best in everybody. If you wait long enough, people will surprise and impress you. Be patience.
  • Make time for what matters. Time is all you have. And you may find one day that you have less than you think. So Slow down and enjoy what matters most to you.
  • Let kids be themselves. Help your kid to foster joy for life and develop the tools to fulfil their own wishes.

Other than the contents, we also like the way it was written. It was not beautiful but it was personal. We felt as if he sat us down and told us personally all these amazingly funny stories about how he achieved his dreams and lessons learned along the way. We could feel his happiness, his sadness, his enthusiasm and even his desperation to leave his legacy for his three small children, Dylan, Logan and Chloe.

After all this book (and lecture) was created as a roadmap of life for his children in going through their life without a father!

RIP Randy Pausch (1960- 2008).

P/s: Summary ini ditulis oleh Kak Marina semasa kami melakukan Book Review Session di kampus. Ulasan saya mengenai buku ini akan menyusul kemudian.

Wednesday, April 22, 2009

CSR: Iklan.

CSR la sangat ... hehehe. Jangan marah. Saya perlukan tajuk yang catchy untuk tujuan pengiklanan :p

Apa bendanya?

Anda tahukan yang rakyat Malaysia ini puratanya membaca 2 muka surat setahun? Tapi, betulkah begitu?

Saya membaca lebih daripada 2 muka surat. Seminggu sahaja, bacaan saya boleh melangkau ke 500 halaman. Macam mana saya nak bersetuju dengan statistik ini? Saya bangkang Yang Arif!

Maka, untuk anda yang tidak bersetuju dengan statistik ini, marilah beramai-ramai berhimpun di sini!



Anda akan jumpa ramai orang Malaysia yang membaca lebih daripada 2 muka surat setahun dan kami -- ahli-ahli Malaysian@Goodreads -- mahu merobah statistik yang berbaur penghinaan pada semua yang minat membaca!

Ayuh, sertailah kami!
Penyertaan anda tidak akan membuatkan anda mendapat kemeja T, topi dan sekaki payung daripada penganjur ... tetapi, anda akan dapat banyak perkara lain yang lebih bermakna daripada kemeja T, topi dan sekaki payung itu.
Ada berani?

Monday, April 20, 2009

Pesta. Pesta. KLIBF / PBAKL 2009.

Kali ini saya berpeluang menghadiri KLIBF pada hari pembukaan lagi – 17 April 2009. Ini pun disebabkan peluang mewakili fakulti untuk memilih buku. Satu peluang yang sangat rugi untuk dilepaskan!

Satu saja kekesalan – disebabkan tidak peka dengan jadual tahunan KLIBF, saya tidak banyak bajet untuk membeli buku. Makanya, not-not kertas itu berganti menjadi plastik. Ahhh, tak apa .. KLIBF setahun sekali sahaja. Ini buat hutang untuk buku. OK kot!


Banner yang sangat comel dan menggamit perasaan! 






Pentas aktiviti - sempat saya menyaksikan Dr. Fazley mempromosikan kamus Besta elektronik itu.

Dan, Tini Hot.FM itu tidaklah sebesar yang dilihat di kaca TV! Saya tidak sangka dia sekurus itu! Saya juga terlepas untuk menonton diskusi Datuk AKJ mengenai ... (ah, lupa pula tajuk diskusi) kerana mengejar masa untuk pulang ke rumah. Kenapalah diskusi itu pukul 12.30 tengahari! Ishhh ...












Pengunjung yang bertali arus. Gambar yang mungkin membuatkan orang tidak percaya saya berada di KLIBF kerana kualiti yang sangat amatur ini. Tapi, percayalah ... kerana ia BENAR!




Hasil tangkapan dengan bajet yang terhad. Saya kecewa dengan diri saya!


  • Dunia Sophie (Sophie’s World by Jostein Gaarder) - ITNM
  • Sense of Propotion (Adam Kadir) – MPH
  • Kembara Atiq Wazif, Satu Anugerah (Hasan Suyut) – Galeri Ilmu
  • Bercinta Sampai ke Syurga (Hasrizal Abdul Jamil) – Galeri Ilmu
  • Rindu Bau Pohon Tin (Hasrizal Abdul Jamil) – Galeri Ilmu
  • Do You Wear Suspenders – Lydia Teh – MPH
  • Ingin Sebebas Burung (Holger Warnk and Volker Wolf (ed) – ITNM
  • Motivasi menjadi Wanita paling Bahagia (Dr. ‘Aidh Abdullah al-Qarni) – Galeri Ilmu

Itu belian di KLIBF. Yang menariknya, saya berkesempatan mendapatkan tandatangan Ustaz Hasrizal untuk kedua-dua buku tulisan beliau. Setelah penat mencari buku untuk fakulti di tingkat paling atas, melilau saya mencari gerai GALERI ILMU. Dua-tiga kali saya berpusing-pusing di tingkat satu - kerana keliru antara Galeri Ilmu dan Telaga Biru (saya syak saya mengalami kemerosotan ingatan di situ!) dan akhirnya, saya bertemu juga. Gembiranya!

Saya berkunjung dua kali ke Galeri Ilmu - kerana, pada kunjungan pertama, buku Rindu Bau Pohon Tin belum sampai di gerai tersebut. Kata petugas, petang nanti. Dan, kunjungan kedua, memberi bonus, kerana saya sampai bersama-sama dengan Ustaz! Terus saya minta tandatangannya. Saya ceritakan kepada Kak Marina saya bertemu Ustaz ... dia bertanya, "ambil gambar berdua tak?". Saya hanya "erk" saja dengan dia. Gilo hapo kau ni ... malu ah den ... Saya tak seperti dia, yang selalu over-excited! :p

Saya rasa Ustaz pun segan-segan dengan saya ... sebab macam tersipu-sipu sahaja. Hehehe ... perasan la kau perempuan!

Apapun, saya sangat gumbira! (Kalau saya tunggu sikit lagi, mesti saya berkesempatan bertemu dengan Ustaz Zamri mantoop itu ...).

Habis berbelanja di KLIBF, saya, Kak Marina dan Cik WD langsung ke KLCC untuk menonton Confession of a Shopaholic. Sebelum menonton, kami bertamu ke Kinokuniya. Saya menjadi hyper seperti mabuk gula melihat buku-buku di situ. Maka, saya swipe kad lagi untuk buku-buku ini ...

  • Urban Odysseys KL stories – Janet Tay and Eric Forbes (ed) – Kinokuniya, KLCC
  • Saya pun Melayu – Zaid Ibrahim – Kinokuniya, KLCC
  • The Last Lecture – Randy Pausch with Jeffrey Zaslow – Kinokuniya, KLCC
  • Slumdog Millionaire (originally published as Q&A) – Vikas Swarup – Kinokuniya, KLCC

The Last Lecture itu adalah naskhah ke 5 yang saya beli untuk birthday rakan-rakan. Dan, saya rasa, perbuatan menghadiahkan buku itu sesuatu yang menyenangkan ... lebih-lebih lagi kalau rakan itu suka membaca ...

Bila nak menghabiskan semua itu? Jangan ditanya. Kerana tidak akan ada jawapannya.

Namun, kalau tanya pasal perasaan ... sesungguhnya saya amat gembira pergi ke KLIBF tahun ini ... semoga dapat pergi lagi di tahun hadapan, InsyaAllah.

Monday, April 13, 2009

The Secret Life of Bees - Antara buku dan filem



Setelah tiga minggu berhempas pulas membaca, saya mengkhatam buku ini sewaktu laptop dihantar servis (besar rupanya faktor laptop ini dalam mempengaruhi kadar pembacaan saya!). Kemudian, keesokannya, sewaktu mahu menonton TALENTIME di Kuantan, saya mengecek Kak Marina supaya memasukkan DVD cerita ini dalam pilihan beliannya di samping THE READER, THE CURIOUS CASE OF BENJAMIN BUTTON dan SLUMDOG MILLIONAIRE .. dan, berjaya! Hehehe.

Saya masih berkira-kira bagaimana mahu mengulas novel ini setelah membaca dan menonton ceritanya. Namun, kunjungan ke Bukuria, memberi ilham kepada saya untuk menulis mengenainya. Di Bukuria, Najibah telah meletakkan artikel daripada Mingguan Malaysia dengan tajuk Apabila Q&A dihancurkan, nukilan Dr. Sohaimi Abdul Aziz.

Seperti kebanyakan pembaca (general assumption saja ya!), saya hampir tidak pernah menikmati karya bernada sama di dalam wadah yang berbeza pada kadar kenikmatan yang sama. Ish, berbelit-belit!

Maksudnya, tidak pernahlah saya merasakan perasaan yang hampir sama apabila membaca dan menonton cerita pada asas penceritaan yang sama -- mungkin juga bacaan yang tidak berapa meluas dan pilihan cerita yang agak terbatas. Anda pernah?

Dulu, saya jadi 'nanar' dengan The Client karya John Grisham. Namun, The Client ditangan Susan Sarandon dan Tommy Lee Jones berlainan sekali rasanya. Bukunya lebih sedap diuliti daripadanya ceritanya. Namun, apabila menonton Harry Potter, saya lebih suka menonton ceritanya daripada membaca - mungkin minda saya tidak cukup untuk membayangkan latar tempat dan suasana dalam Harry Potter itu.


Berbalik kepada topik.

Buku The Secret Life of Bees karya Sue Monk Kidd ini diterbitkan pada 2002 dan menjadi antara yang terlaris jualannya. Saya 'terbaca' novel ini kerana 'geram' dengan cover kulitnya yang meletakkan wajah-wajah Queen Latifah, Dakota Fanning, Jennifer Hudson, Alicia Keys dan Sophie Okonedo (barisan pelakon-pelakon cerita The Secret Life of Bees). Namun, keterujaan pembacaan saya jadi mendatar kerana pada saya cerita ini tidak terlalu dramatik. Lagipun, apa yang diharapkan daripada pengetahuan mengenai kehidupan lebah? :p

Mengambil latar 1964 di South Carolina ketika pengasingan warna kulit masih menjadi sesuatu yang sangat signifikan, cerita berkisar mengenai seorang budak kulit putih, Lily Owens yang selalu beranggapan bahawa dia adalah penyebab kepada kematian ibunya - kejadian ketika dia berumur 4 tahun. Setelah kematian ibunya, dia tinggal bersama ayahnya yang dipanggil T.Ray sahaja, seorang pengusaha ladang pic dan seorang pengasuh kulit hitam, Rosaleen.

Peristiwa Rosaleen ditumbuk kerana meludah kasut seorang deep racist (apa istilah Melayunya ya?) di situ, membuatkan perjalanan Lily untuk mengetahui misteri kehidupan ibunya juga bermula. Demi menyelamatkan Rosaleen daripada terkena siksaan yang lebih teruk, mereka berdua akhirnya lari ke Tiburon berdasarkan kepada gambar Black Virgin Mary yang ditinggalkan ibunya. Mereka kemudian bertemu dengan adik beradik Boatwright - pengusaha ladang lebah - August, June dan May Boatwright. Di rumah Boatwright itulah segala rahsia yang membelenggu Lily dirungkaikan satu persatu kerana kebetulan August adalah pengasuh ibunya - Deborah Fontanel Owens.


Selebihnya, anda baca sendiri.


Bila menonton cerita ini, saya akhirnya membuat kesimpulan, inilah antara adaptasi buku ke filem yang paling hampir - maksudnya, susur alur ceritanya tidak banyak berbeza atau meminjam istilah 'dihancurkan'. Cuma 2-3 adegan yang sedikit berbeza - mungkin untuk menimbul kesan dramatiknya. Selebihnya, perasaan menonton dan membaca saya menjadi hampir sama. Macam aneh pula rasanya.

Gembira atau tidak?

OK saja. Kalau ditanya adakah saya akan menonton atau membaca kembali cerita ini? - Jawapannya, mungkin ya ... andai saya tiada kerja lain untuk dibuat. Atau, waktu saya mahu bermalas-malasan dan perlukan sedikit dos untuk menampilkan 'rasa sayang dan belas kasihan' saya kerana kedua-duanya - buku dan filem - sarat dengan elemen kasih sayang yang mendamaikan.

Apa yang saya perolehi daripada keduanya?

Saya belajar bahawa, kadang-kadang kita perlu membiarkan apa yang berlaku, berlaku dengan adanya. Usah dicari apa rasionalnya atau kenapa ditakdirkan begitu kerana ada sesetengah perkara memang begitu sifatnya. Selebihnya, ia membenarkan apa yang dikatakan - ignorance is a bliss - kerana ada perkara yang kekal baik dan menyenangkan sekiranya kita tidak tahu apa hakikatnya. Namun, sekiranya anda memang jenis yang sentiasa mahukan jawapan pada setiap persoalan, mungkin anda menilai buku ini dengan pandangan yang sedikit berbeza.

Seperkara yang menarik perhatian saya mengenai novel ini adalah mengenai bagaimana pengarang bijak mengadun falsafah hidup lebah ke dalam ceritanya. Saya rasa, perkara begini jarang kita temui pada karya pop dan komersil di negara kita. Kalau ada, pasti buku itu tergolong dalam karya yang berat - seperti falsafah pakaian dalam Islam di dalam Manikam Kalbu karya FT (hehe!) dan falsafah 'kecil jangan disangka anak, besar usah disangka bapa' dalam Tawarikh Cinta karya Nisah Haron. Saya masih menunggu-nunggu kalau-kalau ada karya 'ringan' yang boleh mencuba garapan sebegini. Apa rasa agaknya ...?



Quote kegemaran saya:

"... people can start out one way, and by the time life gets through with them they end up completely different." - August Boatwright.