Sunday, February 15, 2009

Suka siaran ulangan?

Saya baru sahaja menyertai goodreads, dan saya rasa sangat gembira. Pertama, ia ala-ala facebook yang sentiasa memperlihatkan update rakan-rakan dengan buku, dan kedua, ia semacam lebih friendly daripada Shelfari. Dan, bagaimana saya bertemu laman ini - melalui ruang favorite quote tokey bukuria. Terima kasih Najibah!

Apa maksud tajuk entri tu?

OK, sebenarnya saya nak bertanya, berapa kali anda mengulang baca sesuatu buku?

Mungkin bagi sesetengah orang, kalau buku itu antara buku yang menjadi favorite, mereka boleh membaca berkali-kali, sehingga tidak terkira banyaknya. Tapi, bagi saya, saya hanya boleh mengulang kurang daripada 5 kali pada sesebuah buku (dan ia mungkin dalam sela masa 2-3 atau 5 tahun selepas pembacaan kali pertama!). Entahlah, mungkin itu satu curse kepada books hoarder seperti saya ini!

Tapi, ada satu pengecualian kepada
karya Enid Blyton dan adaptasinya (melalui siri Sekolah Sri Melur). Yang itu memang dah berpuluh kali saya baca tanpa rasa jemu. Mungkin ada yang mencebik, tapi saya tak kisah. Setiap orang ada kegemaran, tak kiralah baik atau tidak, kan?

Sekarang ini saya memerlukan kekuatan untuk mengulang baca beberapa buah buku yang saya baca kerana saya mahu menulis ulasan mengenai buku-buku itu. Dah meninggi susunannya, tak tahulah bila akan habis!

Ahhhh ...

Ada seseorang pernah berkata ...
tak kira berapa kali kamu membaca sesebuah buku, kamu akan sentiasa bertemu dengan sesuatu yang baru setiap kali kamu mengulang baca!

Tak ingat siapa yang kata, kerana saya tak ulang tengok namanya!

4 comments:

najibah said...

Peesha, nampaknya kita ada persamaanlah. Tetapi 'penyakit' saya tentang ulang siar ni lagi teruk. Saya memang tak mampu langsung nak baca buku yang sama untuk kali kedua! Betapa menarik pun buku tu, dan sebagaimana pun perasaan saya nak mengulang, saya tak boleh.

Puncanya, satu masa dulu, saya selalu mengulang baca sebuah buku, kemudian arwah abah saya menegur, tak ada buku lainkah nak baca, duk ulang yang tu saja.

Fisha Fawwaz said...

Najibah:
Kata Shahrom TM Sulaiman dalam BUKU, KEKASIH -
"Membaca kembali memang sulit dilakukan, malah mungkin dianggap satu pembaziran. Tetapi membaca karya baru tidak selalu memperkayakan batin kita. Penulis percaya bahawa membaca kembali karya yang pernah kita baca dengan mendalaminya sentiasa membuka kemungkinan baru. Kita dapat memaknakan, mentafsir dan menghayati, yang akhirnya berkemungkinan menemukan mutiara-mutiara baru."

Wah, cayalah Najibah ... ada perasaan nak mengulang baca pun boleh dikekang? Sungguh tabah ... hahaha ...

ayscha said...

salam..

Shaharom TM Sulaiman adalah lecturer saya =D

saya cuma berpeluang baca buku2nya selepas habis belajar(financial restraint waktu study)

sambil membaca, terbayang beliau sedang bersyarah di hadapan kelas..saya suka kelas beliau, dan tidak pernah ponteng..sungguh ilmiah! tapi ramai kwn2 sekelas kata, boring!

ouh, btw, enid blyton juga saya baca berulang kali..setiap cerita ada pengajaran =)

Fisha Fawwaz said...

Ayscha:

Saya rasa saya faham kenapa kawan2 anda rasa dia lecturer yang membosankan ... (^_^)

Tapi, biasalah, benda itu semuanya subjektif ... terpulanglah kepada rasa dan selera ...

Terima kasih kerana berkunjung ke sini!