Friday, May 22, 2009

Slumdog Millionaire - antara buku dan filem

Amaran: Entri ini mungkin mengandungi unsur-unsur spoiler




Saya ini boleh dikatakan seorang yang lambat mengikut trend (atau lebih buruk, tidak mengikut langsung). Bila trend tu dah habis atau berlalu, barulah terhegeh-hegeh mahu ikut serta. Akhirnya, out dated jadinya. Tapi, tidak mengapa. Bukan dosa pun, kan?

Samalah kisahnya dengan cerita nan satu ini. Di saat kemenangannya diraikan dalam Academy, saya hanya bercita-cita menontonnya di pawagam bersama Kak Marina. Tunggu punya tunggu, rupanya ia tidak berkunjung ke pawagam pantai timur (atau, adakah saya yang terlepas?). Kak Marina pula telah 'curang' kepada saya dengan menontonnya di KL dengan Cik WD semasa mereka pergi menonton PGL.

Setelah lama hal itu berlalu, bersempena KLIBF yang lalu, saya mendapatkan naskhah ini di Kinokuniya. Mulanya saya bertemu dengan naskhah yang berilustrasi begini (gambar). Namun, bila diselak, tulisannya serasa akan mendera mata saya. Kak Marina mengambilnya.

Kemudian, berlegar-legar antara rak-rak di situ, kemudiannya saya bertemu dengan naskhah berilustrasi seperti yang di atas itu. Saya buka novelnya, dan berpuas hati dengan saiz tulisannya. Maka, naskhah itu terus saya beli.

Dengan tempo penceritaan yang pantas dan bahasa yang mudah difahami - kerana ceritanya seolah meringkaskan complexity sebuah kehidupan - saya sangat menyenanginya. Dan, saya akui, cerita ini akan berkemungkinan boleh dibaca berulang kali.

Bagaimana cerita ringkas complexity sebuah kehidupan itu?

Ia hanyalah cerita seorang manusia biasa yang datang daripada kelompok sosial paling rendah, namun mampu membuatkan orang kagum dan tertanya-tanya bagaimana dia boleh menjawab semua soalan kuiz Who Will Win a Billion? - adakah dengan nasib baiknya atau dengan menipu?

Ram Mohammad Thomas, anak yatim dan seorang pelayan restoran yang tidak pernah bersekolah telah menjadi juara untuk rancangan tersebut. Namun, kejayaannya mengundang padah kerana syarikat yang bertanggungjawab tidak menyangka yang Ram akan mampu menjawab kesemua soalan dan tawaran 1 billion itu sebenarnya hanyalah sebuah commercial gimmick. Untuk mengelak daripada membayar duit kemenangan Ram, syarikat itu telah mendakwa Ram atas tuduhan menipu. Tuduhan yang kelihatan wajar kerana hakikat kehidupan Ram. Logiknya, kalau tidak pernah bersekolah, masakan mampu menjawab soalan yang bukan calang-calang susahnya?

Ram kemudiannya dibawa ke balai polis untuk soal siasat usai rancangan tersebut. Dia kemudiannya didera oleh polis bagi mendapatkan kepastian mengenai kemenangan dan kebolehannya untuk menang sehinggalah seorang peguam wanita muda bernama Smita tampil untuk membelanya. Dalam usaha menyelamatkan Ram, dia kemudiannya bercerita kepada Smita apa yang berlaku.

Ceritanya diceritakan mengikut nilai duit yang dimenangi (bermula daripada 1,000 rupees hinggalah ke 1,000,000,000 rupees) kerana setiap soalan yang mampu dijawab olehnya berbetulan dengan apa yang dia alami di dalam hidupnya.

Kesudahan yang menggembirakan.

Usai membaca, saya menonton ceritanya pula. Banyak juga perkara yang diubah untuk maksud dramatik filem itu. Antaranya - watak utamanya bukan Ram Mohammad Thomas, tetapi Jamal Malik. Jamal bersaudara dengan Salim sedangkan dalam novel, Salim adalah kawan baiknya. Cuma yang sama - di dalam filem, Jamal menyertai rancangan kuiz itu kerana mahu bertemu dengan kekasih lamanya - Latika, sedangkan di dalam novel, Ram mencuba nasibnya untuk membalas dendam kerana hos rancangan itu, Prem Kumar adalah orang yang beronar pada kekasihnya Nita dan bekas majikannya, Neelima Kumari. seorang pelakon.

Kata Kak Marina, dia suka kedua-duanya - versi novel dan filem. Tapi, saya lebih menyukai novelnya kerana apa yang penulis sampaikan lebih terasa. Dalam filem, nuansa cinta antara Jamal dan Latika yang menggerakkan cerita, tetapi di dalam novel seluruh kehidupan Ram yang lebih memberi makna.

Novel itu membuatkan saya merasa seluruh pahit manis hidup Ram - sebermula kehidupannya sebagai bayi yang dibuang di dalam tong sampah di depan sebuah gereja hinggalah kepada kegembiraannya mendapat wang kemenangan dan cinta hatinya - Nita. Saya paling terkesan pada babak 100,000,000 rupees - X Gkrz Opknu (or A Love Story) - cerita Ram mengenai Shankar, anak autistik dan istimewa yang tidak diingini oleh ibunya, seorang bangsawan, Swapna Devi. Swapna Devi dikenali sebagai seorang yang pemurah. Dia mempunyai ramai pembantu dan mempunyai ramai penyewa. Shankar itu diberitahu kepada semua orang sebagai seorang anak cacat dan terbiar, dan atas ihsan Swapna Devi, Shankar diambil tinggal bersama. Cerita Swapna Devi terbongkar apabila diari Shankar yang maut akibat penyakit rabies ditemui oleh Ram dengan lukisan Shankar mengenai ibu yang tidak pernah mengakuinya anak.

Ah, novel ini sangat membuatkan saya beremosi pelbagai!

Apapun, saya memang puas membaca novel ini. Saya jadi takjub dengan keupayaan penulisnya, Vikas Swarup menjalin cerita kehidupan yang 'biasa' dengan pelbagai warna emosi. Dan, saya masih tercari-cari kalau-kalau ada penulis-penulis kita yang bisa menulis sebegini (kemungkinan besar ada, tapi mungkin saya belum jumpa cari!).

Untuk filemnya, walaupun saya kurang menyukainya, saya masih boleh menerima seluruh idea penceritaannya yang masih bergalur pada temanya. Tidak seperti cerita kita, mahu tiru konsep Grey's Anatomy, tapi yang banyak ditonjolkan cinta sesama doktor, lantas mengirim mesej bahawa itu sahajalah perkara yang paling penting dalam apa jua keadaan. Oppss .. off topic pula ... tapi, saya yakin anda faham apa maksudnya, kan?


Selamat membaca dan menonton!

12 comments:

wnorhaslina said...

Salam

Macam best ja.. Buat rasa nak beli dan baca nih..
Haha.

Pishaposh said...

wnorhaslina:

Salam.

Memang best. Saya bg 5 bintang. Cepat beli dan baca! Tak menyesal punya!

Terima kasih kerana berkunjung ke mari ... :)

shariza said...

Fisha, Eija dah tengok filem ni dalam perjalanan balik dr Hong Kong. Terkejut pasal hal2 yang berlaku di India. Sedih tengok citer ni. Tapi tak baca lagi buku ni. Try to masukkan dalam list buku yang nak dibeli. Boleh la buat perbezaan sendiri bila dah baca.

Unknown said...

salam, saya pun dah beli kedua-dua versi tapi masa je belum ada untuk mula membaca atau pun menonton. mungkin selepas urusan di pesta buku kelantan, baru ada masa membacanya. ketinggalan zaman juga saya ni.

Pishaposh said...

Eija:
India ni memang macam2 ... too colorful. Sometimes it takes on me too ...

I wish I can visit India one day to see al ...

kakchik:
Cepat kakchik ... baca dan tonton! Takpe, biar lambat, asal selamat!

Ntah kat mana relevan nya.

Terima kasih atas kunjungan

Anonymous said...

Saya dengan ini tampil utk membela diri!!! Saya tidak curang!!! Saya memang tgk wayang cerita ni dgn WD. Tapi saya tidak curang kerana janjinye saya akan menonton citer Benjamin Button dengan 'Budak' ni.. Jd mana kecurangan nye Yg Arif...!!!
Pasal cerita ni, seperti 'Budak' ni cakap saya meemmmang suka. Bila keluar panggung saya rasa sgt puas hati dan saya tgk WD, dia tersenyum lebar kepuasan. Bila baca buku nya pula, saya kena adjust my expectation kerana cerita agak lari dari spirit filem nya. Tapi seperti 'Budak' ni jugak, saya memang suka buku nya. Memang tabik la penulis buku ni yg boleh melantun kita ke tempat lain dengan sususnan kata-kata mudah.

Pishaposh said...

Anonymous @ June 1, 2009 4:24 PM:

Pengakuan Anonymous boleh diterima pakai ke? Macam mana saya mahu memastikan anda ini orang yang saya maksudkan? Mana saya tahu kalau2 anda mengambil kesempatan untuk meyamar menjadi housemate saya yang curang itu?

Apakah? Apakah? Apakah?

Anonymous said...

Kalau diri tu yg curang jgn pula nak dipalit kecurangan kepada diri ku yang suci murni ini...sapa lagi yang kau janjikan kata-kata manis menonton benjamin button bersama?! Than is all i have to say and i hereby rest my case, your honour...

Pishaposh said...

Anonymous @ June 2, 2009 1:56 PM:
Waduh .. bener nih ... ya aku percaya ... ini kamu yg curang ... hahahaha ....

Isma Ae Mohamad said...

''Saya ini boleh dikatakan seorang yang lambat mengikut trend (atau lebih buruk, tidak mengikut langsung). Bila trend tu dah habis atau berlalu, barulah terhegeh-hegeh mahu ikut serta. Akhirnya, out dated jadinya. ''

Dalam hal ini saya lagi teruk.Ketika orang heboh pasal filem SM, baru-baru ini baru saya tahu yang ia adalah dari novel A@Q yang sudah lama saya baca.

Pishaposh said...

Ae:
"Dalam hal ini saya lagi teruk.Ketika orang heboh pasal filem SM, baru-baru ini baru saya tahu yang ia adalah dari novel A@Q yang sudah lama saya baca."

Teruk apa nya begitu? Itu dah macam mendahului trend! Err ... rasanya bukan A&Q tajuknya .. tp Q&A .. :)

Isma Ae Mohamad said...

''rasanya bukan A&Q tajuknya .. tp Q&A .. ''

Saya terpengaruh dengan dengan bahasa Thai.:)