Monday, August 8, 2016

Taaherah... Dari Kalamazoo ke Tere Haute: Taaherah Zainudin



Saya pernah menulis bahawa saya tidak boleh membaca buku yang sama berulang kali, tak kiralah semnarik mana buku itu. namun, buku ini 2 kali saya baca - sekali di tahun 2014 dan keduanya baru-baru ini. Seronok sangatkah ceritanya?

TDKKTH adalah sekuel kepada Reming: Dari Sungai Bayor ke Kalamazoo. Buku kedua ini menceritakan pengalaman penulis belajar dan melalui zaman remajanya di USA sekitar tahun 80an.

Penulis bercerita mengenai pelbagai perkara yang dilaluinya - yang semestinya berbeza budaya dan suasananya - seperti pengalamannya belajar di dalam  kelas, interaksi dengan orang di sekelilingnya, aktivii masa senggang dan segala pahit manis kehidupannya sebagai pelajar jurusan matematik tajaan JPA.

Kedengaran biasa sahaja, kan?

Namun bagi sya yang melankolik ini, cerita-cerita begini sangat menarik. Satunya kerana saya tak punya pengalaman belajar di luar negara. Maka, setiap pengalaman orang, biarpun seringkas mana, tetap saya hargai dan kagumi. Keduanya, oleh kerana ia berlaku sekitar tahun 1980-1985, maka saya boleh relate segala yang diceritakan tanpa sebarang kesukaran membayangkan situasinya.   

Ketaranya kekurangan buku ini masih pada sebahagian ejaannya. Namun, saya pejamkan mata kerana penceritaannya.

Terima kasih kak Taheerah kerana menulis memoir ini.